PN TERKUBUR DI KKB , Calon Perpaduan menang bergaya

OLEH NORAINI NORDIN
(Sorotan PRK KKB)

Kejayaan calon Perpaduan Pang Sock Tao membenamkan tiga calon lawan termasuk calon PN adalah satu kejayaan manis bagi PRK KKB.

Kemenangan Pang
sekali gus memusnahkan impian PN untuk melebarkan sayap parti ini di bumi Kuala Kubu Bharu .

Angan-angan PN untuk merampas kerusi DUN KKB berkubur dengan kekalahan calon parti tersebut di tangan Pang.

Calon Perpaduan berjaya mempertahankan kerusi Dun Kuala Kubu Bharu dengan majoriti yang selesa, meskipun dicabar sengit sepanjang tempoh kempen selama dua minggu sebelum hari pengundian hari ini.

Pang Sock Tao yang mewakili PH memperolehi 14,000 undi, manakala pencabar terdekatnya, Khairul Azhari Saut daripada PN mendapat 10,131 undi.

Ini bererti, Pang menang dengan majoriti 3,869 undi.

Pada PRN Selangor Ogos tahun lalu, mendiang Lee Kee Hiong menang di Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 4,119 undi.

Dua lagi calon, Hafizah Zainuddin (PRM) mendapat 152 undi, sementara calon Bebas, Nyau Ke Xin memperolehi 188 undi.

HILANG PERTARUHAN

Kedua-dua mereka hilang wang pertaruhan.

Dengan kemenangan PH di Kuala Kubu Bharu ini, cubaan PN untuk menggugat kedudukan kerajaan negeri Selangor serta menjadikannya sebagai modal untuk menggegar kerajaan perpaduan di peringkat pusat telah tidak berjaya.

Pengundi Kuala Kubu Bharu terbukti lebih memikirkan soal kestabilan kerajaan yang telah sedia wujud dan mahu ia dikekalkan sehingga PRU akan datang.

Kempen panas PN yang didapati menggunakan isu kaum dan agama turut terbukti tidak berjaya di mana pengundi Kuala Kubu Bharu yang pelbagai kaum serta agama menunjukkan mereka tidak termakan langsung dengan kempen berbentuk hasutan yang cuba dibawa itu.

Kerajaan pusat yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor diterajui Amirudin Saari kini boleh jalan terus di landasan sedia ada demi mentadbir negara dan negeri bagi kesejahteraan rakyat yang memerlukan pembelaan.

Apa yang menarik, tarikh kejayaan dicapai di Kuala Kubu Bharu ini adalah serentak dengan sambutan ulang tahun ke-25 Parti Keadilan Rakyat serta ulang tahun ke-78 penubuhan UMNO.

Kedua-dua acara sambutan diadakan serentak malam ini, cuma di dua tempat yant berbeza.

Dengan kejayaan di Kuala Kubu Bharu ini, jalan di hadapan bagi kerajaan perpaduan menghadapi cabaran mendatang adalah jelas lebih cerah lagi.

Setiakawan dan kesatuan semua hati-hati yang yakin dengan perjuangan untuk mempertahankan kerajaan perpaduan ini merupakan kunci segala kejayaan.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *