KUIPs, UIAM kerjasama anjur program CBTM

Oleh Sholina Osman
8 MEI 2024

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Pendaftar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkerjasama
menganjurkan Program Kepimpinan Competency Based Talent Management (CBTM) di bawah Kerusi Jamalullail di Kangar pada 6 Mei dan 7 Mei lalu.

Bengkel ini dihadiri oleh 50 peserta yang terdiri Pengurusan Eksekutif (EXCO) KUIPs, dekan, pengarah, ketua jabatan, ketua bahagian dan pegawai tadbir.

Rektor KUIPs, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, bengkel CBTM bagi memberi pendedahan dan penekanan kepada semua pegawai berkenaan “value-based leadership” dan memastikan mereka menguasai tahap kompetensi yang diperlukan bagi membantu pembangunan universiti ini.

“Diharap program ini dapat memberi pendedahan mengenai kepimpinan dan menguruskan pembaharuan serta perubahan mengikut keperluan semasa,” katanya.

Beliau berkata, malah bakat kepimpinan mereka yang menyertai program ini dapat diketengahkan supaya dapat membantu pihak pengurusan dalam menyelesaikan masalah dan membangunkan universiti ini nanti.

Program dua hari ini dikendalikan oleh Pensyarah dari UIAM, Prof Madya Dr Mohd Azrul Azlen, Dr Zurina Abd Ghani dan Rusnani Ya’kob.

Turut menyampaikan ceramah ialah Mohd Faiq Hussin dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *