Oleh Noraini Nordin
(Sorotan PRK KKB)
Berbaki kurang daripada 36 jam lagi tempoh kempen berakhir, Pengerusi Majlis Penasihat Parti KEADILAN Rakyat , Datok Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi ‘turun padang’ membantu kempen calon Perpaduan Pang Sock Tao.
Wan Azizah bersama pasukan jentera Perpaduan melakukan ‘walk about ‘ di kedai-kedai sekitar Pekan KB untuk menyantuni peniaga yang juga pengundi DUN tersebut.
Kehadiran Wan Azizah memberi kesan untuk merangsang undi yang bakal pihak pada calon Perpaduan.
Kesannya amat dirasai apabila pengundi-pengundi atas pagar mula beralih arah kepada Pang.
Sementara itu , seperti biasa dalam mana-mana PRK sejak terbentuknya Kerajaan Perpaduan ini, Wanita KEADILAN Pusat sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi bersama wanita lain-lain parti untuk membantu kemenangan calon yang bertanding.
Dalam kempen PRK Kuala Kuala Kubu Bharu yang sedang hangat berlangsung sekarang, Wanita KEADILAN terus giat berkempen di kawasan sasaran.
Bermula dengan bersama-sama mengiringi calon pada hari penamaan calon, gerak keria seterusnya ialah turun ke lapangan menyantuni dan mendekati pengundi.
WANITA KEADILAN TERUS CERGAS BERKEMPEN
Selain melaksanakan program-program kempen yang khusus, Wanita KEADILAN entiasa bergerak mengedarkan risalah-risalah penerangan kepada pengundi.
Ia dilakukan dengan cara menemui mereka di tempat-tempat terbuka seperti pasar, kedai dan lain-lainnya.
Sebaran risalah ke rumah-rumah juga turut dilakukan.
Bagi Wanita KEADILAN bekerja keras dan memastikan kemenangan calon adalah matlamat utama yang ingin dicapai.
Dengan kemenangan sebagai matlamat, Wanita KEADILAN mahu melihat negara dan negeri Selangor terus makmur, aman serta sejahtera ditadbir oleh Kerajaan Perpaduan ini.
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat