PKR KKB :- Pengundi tidak mahu ADUN ‘mayat’, selepas menang tidak berfungsi

Oleh Noraini Nordin
(Sorotan PRK Kuala Kubu Bharu)

1 Mei 2024

Cuaca amat cerah pada pagi ini di Kuala Kubu Bharu (KKB) termasuk kawasan-kawasan berhampiran.

Sengaja saya keluar awal hari ini untuk menjelajah ke DUN KKB .
Memanafatkan Cuti Hari Pekerja untuk membuat tinjauan ke beberapa lagi kawasan dalam DUN yang bakal berlangsungnya PRK pada 11 Mei ini.

Sambil meninjau-ninjau kawasan sempat juga saya mendengar ucapan PMX Datok Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan secara langsung dari Putrajaya Sempena Hari Pekerja pagi ini.

Sewaktu singgah mengisi minyak di stesen minyak di Bandar Utama Batang Kali , sempat saya berbual santai dengan beberapa pengguna yang ramah menyapa.
Pastinya berkaitan calon PRK dan siapakah pilihan mereka.

” Kami tidak mahu pilih calon ‘mayat’ .Selepas menang terus tidak berfungsi.
Membiarkan pengundi teraba-raba dan tidak mampu membantu, ” ujar mereka senyum penuh makna.

Saya pun ikut tersenyum setelah memahami apakah yang dimaksud dengan calon ‘mayat’ .

PILIH ADUN YANG BOLEH BERKHIDMAT

Apabila PRK seperti di Kuala Kubu Bharu atau KKB diadakan, ia adalah proses untuk memilih wakil rakyat bagi menggantikan ADUN sebelum ini yang telah meninggal dunia.

Apa pun keputusan PRK di KKB, ia tidak mampu mengubah kedudukan kerajaan negeri, jauh sekali menjejaskan kekukuhan kerajaan di peringkat pusat.

Lantaran itu, bagi pengundi KKB, apa yang penting pada 11 Mei nanti ialah menggunakan undi mereka untuk memilih wakil rakyat yang boleh berkhidmat dengan baik, berkesan dan mampu memberi pertolongan.

Dalam hal berkaitan, sudah tentu memilih wakil rakyat yang selari dengan kerajaan negeri dan kerajaan pusat adalah pilihan yang paling tepat.

Oleh kerana wakil rakyat yang dipilih itu mewakili kerajaan, mahu tidak mahu, mereka harus bekerja dan menjalankan peranannya sebagaimana kerajaan negeri dan kerajaan pusat berfungsi.

Berbeza jika memilih wakil rakyat yang tidak selari dengan kerajaan, mereka tiada tanggungjawab moral untuk berfungsi sebagaimana wakil rakyat kerajaan berfungsi.

‘SEMBANG KARI’ SAHAJA

Penulis turut membuat tinjauan di beberapa Bilik Gerakan Perpaduan di DUN KKB

Paling biasa yang boleh didapati hanya senyum dan ‘sembang kari’ mereka sahaja.

Kalau bernasib baik, bolehlah dapat sehelai dua surat sokongan untuk pengundi meminta apa-apa pertolongan.

Itu pun, belum tahu lagi sama ada surat sokongan itu laku atau tidak kerana kedudukan wakil rakyat berkenaan yang berbeza dengan kerajaan semasa.

Paling buruk jika selepas dipilih sebagai ADUN mereka gagal dan langsung tidak berfungsi atau lebih kerap menghilangkan diri.

Akhirnya, sepanjang masa rakyat akan sengsara dan dihempap duka nestapa.

Jika itu yang berlaku, mengundi mereka tidak seperti memilih ‘mayat’ sebagai wakil rakyat.

ADUN mayat ialah ADUN yang tidak berfungsi dan seolah-olah mati.

Mahukan pengundi KKB jadi begitu?


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *