Kerajaan Madani komited bela golongan yang kurang mampu – Dr. Zaliha

Oleh Noraini Nordin 4 April 2024

Kerajaan Madani sentiasa komited serta mengambil berat nasib golongan orang yang kurang berkemampuan dalam memenuhi hasrat pembangunan modal insan khususnya warga Wilayah Persekutuan yang merupakan cerminan kepada imej Malaysia di mata dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr. Zaliha Mustafa berkata kerajaan juga sedar terdapat sebilangan masyarakat yang kurang berkemampuan untuk menyediakan kemudahan buat anak-anak mereka memulakan pembelajaran di sekolah.

” Ini ditambah pula dengan peningkatan kos sara hidup sesebuah keluarga di bandar seperti Kuala Lumpur, ” kata beliau dalam ucapan di Program Bantuan ‘ Back To School’ Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Bantuan Pemakanan Sekolah Menengah dan Penyerahan Cek Skim Biasiswa Pengajian Tinggi.

Program tersebut anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang diadakan di Masjid Muadz bin Jabar, Kuala Lumpur.

Text ucapan Dr. Zaliha dibacakan oleh Setiausaha Politiknya iaitu Nor Azrina Surip@Nurin Abdullah .

Jelas beliau , Yayasan Wilayah Persekutuan bersama agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat korporat yang prihatin sentiasa berusaha dan bekerjasama memastikan kesejahteraan serta keselesaan hidup rakyat yang memerlukan terbela.

TIGA RIBU PELAJAR TERIMA SUMBANGAN

Katanya, tahun ini seramai tiga ribu pelajar rendah dan menengah telah menerima sumbangan melalui program ‘Back To School’ yang melibatkan peruntukan sejumlah tiga ratus ribu.

Sementara itu melalui Program Skim Biasiswa Pengajian Tinggi IPTA, YWP turut membantu 30 pelajar IPTA pada tahun ini dengan nilai terkumpul sejumlah RM182, 941.

Melalui Program Bantuan Pemakanan Sekolah Menengah pula seramai dua ribu pelajar daripada 101 buah sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan telah mendapat bantuan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *