Diskaun harga rahmah, bantu rakyat sambut raya dengan ceria

Oleh Noraini Nordin (Ulasan berita)

Semakin hampir syawal semakin bertambah usaha Kerajaan Madani meringankan bebanan rakyat yang sedang membuat persiapan menyambut Aidil Fitri.

Selain memberi pelbagai bantuan kewangan, sagu hati raya kepada golongan sasar – pelbagai insentif lain turut dilaksanakan oleh Kerajaan Madani bagi menceriakan sambutan raya.

Selain melibatkan pelbagai pihak iniasitif membantu rakyat juga turut melibatkan kementerian-kementerian Kerajaan Madani.

Terkini bagi memastikan rakyat dapat membeli barang keperluan dengan harga rendah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan
Jualan Rahmah (PJR) Aidil Fitri di seluruh negara bermula 4 hingga 9 April ini.

MERINGANKAN BEBAN HIDUP RAKYAT

Program Jualan Rahmah ini adalah langkah memperluaskan lagi Agenda Payung Rahmah Madani kendalian KPDN yang bermatlamat meringankan beban hidup rakyat khasnya golongan sasar.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, PJR Aildilfitri akan melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal.

Katanya, selain penjualan barang-barang keperluan kering sebagaimana kebiasaan, PJR Aidilfitri akan melibatkan penawaran jualan barangan keperluan harian lain khusus bagi persiapan menyambut Aildilfitri seperti ayam, daging lembu, beras,
rempah-ratus dan sebagainya.

“Pelaksanaan PJR Aidilfitri ini akan melibatkan sebanyak 302 lokasi berjadual di seluruh negara,” ujarnya.

Armizan menambah, sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini, KPDN juga telah melaksanakan PJR
Ramadan di 452 lokasi di seluruh negara bermula pada 12 Mac hingga 3 April 2024 lalu.

“Kejayaan mewujudkan 452 PJR Ramadan itu melepasi matlamat awal sebanyak 450 siri yang disasarkan,” jelas beliau.

Dengan pelaksanaan PHR Ramadan dan Aidil Fitri ini, ia adalah bukti nyata bahawa Kerajaan Madani sentiasa mengambil berat dan prihatin dengan kehidupan rakyat, terutama di musim perayaan.

HARGA YANG MURAH

Hakikatnya, tiada alasan lagi rakyat mengeluh untuk membeli keperluan asas pada harga yang lebih murah khususnya dalam membuat persiapan berbuka puasa di bulan Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Untuk mendapatkan harga berbaloi rajin-rajinlah turun ke jualan PRJ di kawasan masing-masing bagi mendapat barangan keperluan yang ditawarkan.

Dengan adanya jualan rahmah dengan diskaun hebat, semua boleh bergembira di Hari Raya mengikut kemampuan masing-masing.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan lokasi pelaksanaan PJR Aidilfitri itu, ia boleh diakses melalui portal KPDN di pautan https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *