Harga beras turun, bekalan mencukupi bukti Kerajaan Madani peka masalah rakyat

Noraini Nordin (Ulasan Berita)

Satu lagi usaha Kerajaan Madani yang peka terhadap keperluan rakyat ialah menurunkan harga beras serta menyediakan bekalan yang mencukupi terutama menjelang perayaan Aidilfitri.

Bagi yang masih mahu ‘bersosek-sosek’ berkaitan isu beras ini eloklah mencari info terlebih dahulu sebelum menyebarkan ‘khabar angin’ yang tidak tepat.

Terkini Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara atau Naccol yang berlangsung baru-baru ini telah memuktamadkan beberapa ketetapan dalam menangani isu kekurangan beras di pasaran yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Semua keputusan yang diambil adalah bertujuan meningkatkan akses rakyat kepada beras pada harga yang munasabah, selain memastikan bekalan di pasaran sentiasa mencukupi.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dalam kenyataannya berhubung mesyuarat Naccol itu berkata, antara keputusan yang diambil ialah:

Pertama, kerajaan bersetuju supaya penurunan harga jualan runcit BPI (Beras Putih Import) di antara RM2 hingga RM3 di pasaran dilaksanakan berkuat kuasa mulai Rabu, 20 Mac 2024.

KURANGKAN KOS HIDUP RAKYAT

Langkah ini diyakini ini dapat membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup terutamanya semasa bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang.

Kedua, bagi meningkatkan pengedaran BPT (Beras Putih Tempatan) di pasaran, kerajaan memutuskan supaya semua stok semasa padi dan beras yang telah dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan metrik dapat diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta merta.

Dalam hal ini, pihak kementerian akan meningkatkan penguatkuasaan melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) di seluruh negara.

JUALAN HARGA MADANI OLEH FAMA

Ketiga, untuk meluaskan jaringan pengedaran BPT, aktiviti Jualan Agro Madani yang dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan diperluaskan lagi dari segi lokasi dan peningkatan kekerapan program.

Keempat, kerajaan turut bersetuju agar semua Kontrak Kerajaan selepas ini mengguna pakai sepenuhnya BPI.

Melalui kaedah ini, bekalan tambahan BPT sebanyak 20,000 tan metrik dapat diedarkan sepenuhnya di pasaran pada April 2024 bagi kemudahan rakyat membelinya.

Mohamad Sabu seterusnya berkata, semua langkah ini adalah mencerminkan komitmen utuh kerajaan dalam usaha menjaga kebajikan rakyat dan seterusnya memperkukuhkan
agenda keterjaminan makanan negara.

Beliau yakin, semua langkah ini akan dapat meningkatkan ketersediaan bekalan beras kepada rakyat melalui jualan BPI pada harga yang lebih rendah serta pertambahan bekalan BPT di pasaran.

Sudah pasti tindakan pantas Kerajaan Madani berkaitan isu beras ini dapat melegakan rakyat khasnya golongan sasar.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *