PMX pengerusikan mesyuarat NACOOL di parlimen

(Petikan Bahan/Foto FB Anwar Ibrahim)

Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bilangan 1 2024 di Parlimen hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air serta beberapa Menteri dan Timbalan Menteri, selain pegawai kanan kementerian dan agensi berkaitan, wakil industri, badan bukan kerajaan dan ahli akademik.

Mesyuarat telah membincangkan dengan terperinci beberapa perkara terkait kos sara hidup rakyat khususnya berkaitan isu harga dan ketersediaan bekalan beras dalam negara. Beberapa mekanisme jangka pendek telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Saya turut tekankan keperluan penguatkuasaan berterusan bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan atas peluasan skop dan perubahan kadar Cukai Perkhidmatan yang dilaksanakan ke atas beberapa perkhidmatan terpilih sahaja.

Dalam hal ini, KPDN telah melancarkan pemeriksaan khas di bawah Ops Kesan bermula 1 Mac lalu bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya.

Mesyuarat hari ini juga telah bersetuju supaya Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk membangunkan satu indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat sehingga ke peringkat daerah, sekali gus membantu Kerajaan merangka pelaksanaan program yang lebih tepat dan berkesan.

#MalaysiaMADANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *