PUTRAJAYA, 21 Mac 2024 – Program Bicara Eksekutif Malaysia MADANI Penjawat Awam Tahun 2024 Bersama YAB Perdana Menteri telah berlangsung di Dewan Damar Sari, Parcel F, Presint 1, hari ini.

Program anjuran Akademi Kenegaraan, Pejabat Perdana Menteri ini adalah bertujuan memberikan pengetahuan dan pemahaman kepada penjawat awam terhadap pembinaaan negara bangsa.

YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dalam ucapannya menerusi Sesi Bicara Eksekutif dengan tajuk “Malaysia MADANI: Bina Kota Bina Insan” menyatakan, dalam usaha mewujudkan negara bangsa idaman, konsep Bina Kota Bina Insan ini menjadi asas utama yang menghasilkan keunggulan sektor perkhidmatan awam yang berkesan.

Konsep Bina Kota yang membawa maksud kemajuan lahiriah tidak akan tercapai sekiranya amalan Bina Insan tidak diberi perhatian dengan serius. Oleh itu, Bina Insan perlu bermula dari akar jiwa dan jati diri yang utuh, serta berpegang erat kepada sistem nilai kenegaraan Malaysia. Keseimbangan yang terdapat dalam Bina Kota Bina Insan dapat membentuk negara yang lebih cemerlang, bersatu padu dan berkemajuan.

YAB Perdana Menteri turut menyeru agar penjawat awam mendukung aspirasi rakyat yang juga merupakan aspirasi kerajaan khususnya dalam mengangkat masyarakat yang bertamadun, beradab dan harmoni serta berpegang pada Rukun Negara.

Program ini akan diadakan beberapa siri melibatkan kementerian, jabatan dan agensi termasuk kerajaan negeri. Program pada hari ini dihadiri oleh 1,000 peserta yang terdiri daripada anggota perkhidmatan awam dari semua kementerian yang merupakan tulang belakang kepada pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dan kelangsungan Malaysia MADANI.

Foto oleh: Mohd Najib bin Mohaini dan Nurshahnaz Fazlie bin Shahrizal (UKK JPM)

JabatanPerdanamenteri

MalaysiaMADANI

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara
PMO Malaysia

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *