Oleh Noraini Nordin (Analisis berita)
Apa yang diperlukan oleh Malaysia Madani pada masa ini adalah lebih banyak idea-idea bernas untuk dikongsi bagi membantu PMX membina negara bangsa yang cemerlang.
Cetusan idea yang segar dapat membantu membangunkan negara serta memberi harapan kepada rakyat untuk hidup sejahtera.
Saranan bernas amat dinantikan bukan suara-suara sumbang yang tidak memotivasikan .
Melalui tulisan ini ,
saya mahu berkongsi saranan
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar sewaktu berucap di Projek Amanat Negara anjuran Majlis United Kingdom dan Eire (Ireland) bagi Pelajar Malaysia (UKEC) di Universiti Oxford.
Beliau mahu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mempunyai ‘political will’ atau kemahuan untuk melakukan perubahan bagi meletakkan ekonomi negara sebaris dengan rantau lain adalah suatu pandangan bernas yang perlu diberi perhatian oleh mereka yang berkaitan.
Ini kerana, berdasarkan persekitaran ekonomi dunia yang telah banyak berubah, menggerakkan GLC dan GLIC dengan cara atau jenis perniagaan lama, tidak lagi menjamin kemampanan untuk kekal bertahan.
Harus ada keinginan atau iltizam di kalangan GLC dan GLIC untuk turut sama berubah.
Jika GLC dan GLIC tidak berubah dan akhirnya tidak mampu bertahan, lebih buruk kalau mengalami kerugian, sudah tentu negara yang menerima kesannya.
Ketika menyampaikan ucapan di Projek Amanat Negara anjuran Majlis United Kingdom dan Eire (Ireland) bagi Pelajar Malaysia (UKEC) di Universiti Oxford, Nurul Izzah seterusnya menyeru agar GLIC dan GLC melonjakkan pelaburan mereka dalam sektor digital dan tenaga boleh diperbaharui bagi melebarkan pasaran ke negara serantau seperti yang ditetapkan dalam aspirasi negara.
“Sekiranya syarikat tempatan berjaya meningkatkan penggunaan teknologi, maka rakyat akan memperolehi manfaat melalui peluang pekerjaan yang lebih besar.
“Ia sekali gus dapat meningkatkan pendapatan negara melalui kutipan cukai yang diperoleh kerajaan,” jelas beliau lagi .
Sehubungan itu, tambah beliau, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) Pelan Pelepasan Karbon Sifar Bersih 2050 (Zero Net 2050) harus dijadikan panduan agar mampu melonjak ekonomi dan kelestarian negara ke paras yang lebih baik lagi.
Untuk itu, apa yang dilontarkan oleh Nurul Izzah ini mesti diambil perhatian selain oleh GLC dan GLIC, tetapi juga oleh syarikat-syarikat tempatan yang lain.
Untuk mencapai kemajuan yang seiring dan memberi kesan yang maksimum kepada ekonomi negara pada masa depan, mahu tidak mahu, semua pihak perlu berubah.
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat