Utamakan harapan rakyat , elak polemik berpanjangan

Oleh Noraini Nordin (Analisis Berita)

Apakah keutamaan kita pada masa ini
untuk memastikan hasrat membina Malaysia Madani mampu direalitikan dengan berkesan?

Sebaik sahaja bulan Febuari menjelma kita cuma hanya tinggal kurang daripada 11 bulan sahaja lagi bagi melaksanakan apa yang perlu dilaksanakan bagi tahun 2024 untuk.
rakyat Malaysia.

Adakah setiap orang yang telah diberi amanah sudah merangkul segenap kekuatan serta ikhtiar untuk bersama-sama membina Malaysia Madani yang diterajui oleh PMX sudah melaksanakan amanah rakyat.

Suka saya mengingatkan semula sahabat-sahabat Perpaduan bahawa setiap detik yang berlalu amat berharga .

Kita boleh berpolemik apa sahaja isu tetapi biarlah secara matang, berlapang dada , berpada-pada serta jangan dilihat terlebih mengada-gada.

Berpolemik isu-isu politik khasnya hal orang ‘ ada-ada’ jika sekadar hanya untuk bermanis-manis kata menambat hati kumpulan-kumpulan tertentu tidak akan mengenyangkan perut rakyat.

Dalam melayani kelompok-kelompok tertentu jangan lupa ada lagi puluhan juta rakyat yang sedang menanti penuh pengharapan untuk menikmati kehidupan yang harmoni di bawah kerajaan madani.

Berdebat, berbahas atau polimik-polimik politik janganlah berlebih-lebih hingga terlupa apa yang rakyat mahukan.

Inisiatif untuk membantu golongan miskin, tegar, B40 bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat mesti diutamakan.

Tentang isu semasa sama ada kita setuju atau tidak dengan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak, ia haruslah diterima dengan fikiran yang terbuka.

Ini kerana, di samping apa juga keputusan adalah hak dan budi bicara Yang Dipertuan Agong selaku Pengerusi lembaga berkenaan, segala keputusan juga adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Keputusan Lembaga Pengampunan WP terhadap Najib hanya mengurangkan jumlah hukuman dan tidak memberi pengampunan sepenuhnya.

Dari segi hakikat, Najib kekal bersalah sebagaimana diputuskan mahkamah, cuma hukuman yang diterimanya sahaja dikurangkan.

Sebagaimana hak pesalah untuk membuat rayuan atau memohon pengampunan, maka menjadi hak kepada Lembaga Pengampunan WP yang dipengerusikan Yang Dipertuan Agong pula untuk meneliti dan membuat keputusan.

Sekarang, keputusan sudah dibuat iaitu Najib tidak diampunkan, tetapi hanya hukuman diterimanya dikurangkan.

Lembaga itu dalam kenyataan medianya, memaklumkan bahawa mesyuarat pada 29 Januari lalu memutuskan hukuman penjara terhadap Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda RM210 juta pula diturunkan kepada RM50 juta.

Dengan pengurangan hukuman itu, tarikh pembebasan Najib dijangka pada 23 Ogos 2028.

Tetapi jika denda RM50 juta gagal dibayar, hukuman penjara kepada bekas Perdana Menteri itu ditambah setahun lagi dan menjadikan tarikh pembebasannya pada 23 Ogos 2029.

Maka kini, semua kita dan siapa pun kita, wajib menerima keputusan tersebut tanpa rasa kecewa, marah, sakit hati atau cuba menyalahkan pihak lain.

Malah, apa juga yang kita rasa dan cuba lalukan berikutan keputusan itu, tiada apa-apa yang boleh berubah pun.

Sebagaimana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika Najib tidak puas hati, ruang untuknya membuat permohonan pengampunan sekali lagi masih terbuka selepas ini.

Untuk itu, apa yang terbaik harus dilakukan sekarang ialah semua pihak perlu “move on” dan jangan sesekali terperangkap dalam permainan yang tidak membawa apa-apa keuntungan.

Lebih wajar kita bermuhasabah, buat kerja masing-masing, kukuhkan perpaduan dan pastikan Kerajaan Madani ini kekal bertahan sehingga PRU16 akan datang.

Harapan untuk melihat kerajaan ini berusaha menunaikan janji-janji manifestonya, memakmurkan negara dan memberi suasana kehidupan yang lebih baik untuk semua adalah keutamaan sebenar yang didambakan rakyat, tak kira apa pun pendirian politik mereka.

Maka, jangan sesekali kita, terutama pihak yang bersama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan ini menghampakan harapan rakyat Malaysia.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *