Digital ID – Tiada cip dimasukkan dalam badan – PMX

(Petikan dari FB Anwar Ibrahim – Berita/Foto)

Alhamdulillah. Satu lagi kejayaan terpahat dengan pelaksanaan Identiti Digital Nasional atau Digital ID, suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang secara rasminya bermula hari ini.

Malah, saya sendiri telah mendaftar dan mencubanya sendiri sebelum bermula mesyuarat Kabinet bersama Jemaah Menteri yang turut sama membuat membuat pendaftaran antaranya Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sewaktu ditemui media, saya tegaskan, dan memberi jaminan, tiada cip dalam badan akan dimasukkan, mahupun rekod peribadi serta perbankan akan terbocor kononnya ini kebimbangan sesetengah pihak selepas pelaksanaan Identiti Digital Nasional.

Ini tidak berasas, sementelahan rakyat harus menerima kenyataan bahawa negara harus maju seiring dengan perkembangan semasa termasuk penggunaan teknologi.

Sayugia, mana-mana pihak yang sangsi, perlu mendengar dahulu penjelasan daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhubung Digital ID supaya ia tidak menjejaskan keyakinan mereka.

– Anwar Ibrahim –

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *