Malam tadi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
meraikan Persekutuan Pengakap Malaysia dalam Majlis Makan Malam Amal Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Beliau mengucapkan
terima kasih kepada PPM khususnya YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, YDP Dewan Rakyat merangkap Ahli Majlis Pengakap Negara, YBhg. Mejar Jeneral Prof. Dato’ Dr. Mohd. Zin bin Bidin, Pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan YBhg. Dato’ Haji Ahmad Shazily bin Ismail Bakti, Timbalan YDP Majlis Pengakap Negara kerana telah mengundang beliau ke majlis yang indah ini.
Jelas Fadhlina, – sedikit trivia mengenai PPM; Pergerakan Pengakap awalnya bermula di England dan mula bertapak di Tanah Melayu sejak tahun 1908. Dari Pulau Pinang, PPM mekar berkembang ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo. Selama 115 tahun penubuhannya, persatuan ini banyak melahirkan generasi yang terpimpin, berdikari serta bertanggungjawab selaras dengan prinsip-prinsip di dalam Persetiaan dan Undang-undang Pengakap. Prinsip ini selari dengan aspirasi karamah insaniah yang mengutamakan pembentukan adab, akhlak dan integriti dalam mendidik anak-anak.
(Petikan FB Fadhlina Sidek – Berita/Foto)
#KaramahInsaniah
#MalaysiaMADANI
#KPM