Wanita KEADILAN – anjur bacaan Yasin, doa selamat sempena Kongres Nasional Wanita ke-17

KONGRES NASIONAL TAHUNAN WANITA KEADILAN KE-17

Oleh Noraini Nordin

Sempena Kongres Nasional Wanita Keadilan Ke-17 tahun ini, Wanita KEADILAN Pusat akan menganjurkan majlis bacaan Yasin dan doa selamat pada Jumaat, 24 November ini.

Majlis tersebut akan diadakan pada pukul 3.00 petang di kediaman rasmi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Putrajaya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, doa selamat, ucapan pimpinan Wanita KEADILAN Pusat dan diakhiri dengan ucapan Fadhlina selaku Ketua Wanita KEADILAN Pusat.

Majlis bacaan Yasin dan doa selamat ini diadakan agar Kongres Nasional Wanita KEADILAN tahun ini berjalan dengan lancar dan terhindar daripada segala kejadian yang tidak diingini.

Kongres Nasional Wanita KEADILAN tahun ini akan diadakan pada Sabtu, 25 November di PICC, Putrajaya.

Tema kongres tahun ini ialah Memaknai Reformasi, Menjulang Madani.

Bersekali dengan kongres kali ini yang bertepatan dengan genap setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri setelah mengangkat sumpah pada 24 November 2022, majlis bacaan Yasin dan doa selamat ini juga diadakan untuk memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar Kerajaan Perpaduan yang sedang mentadbir negara terus diberi rahmat untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada rakyat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *