Fadhlina saman MP Jasin, Harakah Daily demi maruah, bersihkan fitnah dari terus tersebar

Oleh Noraini Nordin

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menjelaskan tindakan
beliau menyaman Ahli Parlimen Jasin dan Harakah Daily adalah untuk memelihara maruah serta membersihkan fitnah dari terus tersebar .

” Sehingga kini tiada usaha untuk meminta maaf atau menjelaskan perkara sebenar dari pihak yang menuduh, ” katanya hari ini.

Menurut Fadhlina , sebelum itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM ) telah mengeluarkan pekeliling lebih awal dan jelas mengatakan di situ tiada langsung arahan yang melarang takbir dan qunut nazilah.

Katanya , ini sudah jelas.

” Saya juga orang Islam, saya tahu apa situasi terbaik untuk orang muslim dan melabelkan saya sebagai munafik secara terbuka adalah satu perbuatan yang tidak wajar, ” jelas beliau lagi.

Ujar Fadhlina, beliau sendiri telah turun menyertai Minggu Solidariti Palestin yang jelas bertakbir dan membaca qunut nazilah.

” Ini jelas tuduhan itu cukup berat dan ia sangat tidak bertanggungjawab untuk meletakkan nilai agama saya luar di sisi Islam, ” tegas Fadhlina yang juga Ketua Wanita KEADILAN Pusat.

Tegas beliau, banyak lagi bukti yang melihatkan banyak sekolah bertakbir, qunut nazilah, menggunakan bendera Palestin dan sebagainya selaras kesesuaian aktiviti sekolah tersebut.

” Jadi saya harus tampil membersihkan nama saya yang dilihat menjadi modal politik mereka tanpa asas.

“Walaupun telah dijelaskan berkali-kali yang KPM tidak mengeluarkan arahan menghalang takbir dan qunut nazilah di sekolah namun fitnah ini terus tersebar, ” katanya .

Menurut Fadhlina lagi budaya politik fitnah ini merbahaya dan mampu merosakkan bangsa serta negara.

Katanya , berpolitik perlulah secara membina dan menunjukkan contoh yang baik kepada generasi masa depan.

” Dalam banyak-banyak orang bercakap kononnya wujud larangan takbir dan qunut nazilah ini, kita saman Ahli Parlimen. Kenapa?

” Sebab beliau memiliki floor untuk bertanya di dalam dewan, bukannya bercakap di luar tanpa usul periksa untuk mempertikaikan akidah atau menjadi sentimen ini di luar ” jelas beliau lagi.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *