Fokus utama wanita promosi pelbagai kejayaan Kerajaan Madani

KONGRES

Oleh Noraini Nordin

Mempromosi pelbagai kejayaan Kerajaan Madani dalam tempoh setahun yang telah berlalu adalah fokus utama Kongres Nasional Tahunan Wanita kali ke 17 pada Sabtu ini.

Kongres Nasional Tahunan Wanita yang diadakan di PICC, Putrajaya ini bakal menghimpunkan ribuan anggota wanita dari seluruh negara termasuk termasuk pimpinan cabang serta peringkat pusat.

Kongres ini adalah medan terbaik untuk menghebahkan kejayaan-kejayaan yang sudah dicapai oleh kerajaan yang diterajui Perdana Menteri.Datok Seri Anwar Ibrahim.

Melalui promosi kejayaann itu, matlamat Wanita KEADILAN adalah untuk memantapkan segala kekuatan yang ada agar kekal istiqamah mempertahankan Kerajaan Perpaduan ini.

Bersama paparan kejayaan itu, ucapan Ketua Wanita Keadilan Pusat, Fadhlina Sidek tentunya amat dinanti-nanti kerana beliau akan menggarap dan merangkum gerak kerja sayap parti agar mampu memberikan unjuran khidmat yang lebih berkesan dalam tahun-tahun seterusnya.

Memaknai Reformasi, Menjulang Madani yang merupakan tema kongres tahun ini adalah dua frasa besar dalam memastikan proses pentadbiran di Putrajaya sentiasa berada dalam landasan prinsip perjuangan parti.

Melalui agenda mempromosi pelbagai kejayaan sejak menjadi kerajaan beserta tema yang penuh makna itu, pembahas-pembahas yang dipilih menyampaikan ucapan diharapkan mampu untuk memberikan unjuran hujah yang tajam dalam membawa suara akar umbi berkait reformasi pendidikan, kesihatan, ekonomi dan mendepani negara pasca pandemik.

Dalam waktu yang sama, serangan-serangan suara yang kecewa lantaran tidak berjaya menumbangkan Kerajaan Perpaduan pasti akan semakin bingit dalam minggu ini.

Mereka akan mencari apa sahaja salah kerajaan, malah yang kecil akan cuba diperbesar-besarkan.

Namun, pesanan dan saranan saya kepada seluruh jajaran pimpinan agar kekal berjaga di perbatasan perjuangan dan fokus untuk memantapkan lagi kedudukan Wanita KEADILAN melalui Kongres Nasional yang bersejarah ini.

Inilah kali pertama kita berhimpun dalam keadaan parti menjadi kerajaan dan Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki kerusi Perdana Menteri.

Selamat berkongres

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *