Oleh Noraini Nordin
Gedang ‘perang’ PRK sudah dipalu sebaik sahaja Barisan Nasional (BN) mengumumkan nama calon yang bakal bertanding bagi Parlimen Kemaman .
Pengerusi BN Datok Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah mengumumkan
bekas panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohammed Affandi Raja Mohamed Noor dinamakan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kemaman yang dijadualkan 2 Dis depan.
Pengumuman dibuat oleh Ahmad Zahid Hamidi pada majlis pengumuman calon BN di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin , penyokong dari parti tersebut.
Raja Mohamed Affandi, 65, yang dilahirkan di Besut pernah tersenarai sebagai calon untuk di parlimen Besut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu.