Projek Naik Taraf Pos Nibong berjaya diselesaikan dalam tempoh 6 bulan – Saifuddin

(Petikan FB Saifuddin Nasution Ismail – Berita/Foto)

” Bo lah belawoknyo Datuk, rama doh Menteri hok mari janji gotu goni tapi tok selesa-selesa” (sudah-sudahlah menipu Datuk, ramai dah Menteri yang datang, janji itu ini, tapi tak selesai juga)

Saya cukup ingat kata-kata jujur dan berterus terang dari ASP Bustaman Mohd Noor, Kompeni Komander C (gambar 1) sewaktu saya melawat Pos Nibong pada 11 Mei 2023.

Keadaan Pos Nibong ketika itu cukup daif dan menyedihkan. Tak sanggup saya nak lihat dan biarkan anggota yang menyerahkan jiwa raga mereka menjaga keselamatan negara dengan kemudahan fasiliti sebegitu rupa.

Balik sahaja ke Putrajaya dan sewaktu pertemuan pertama dengan YAB Perdana Menteri, saya terus nyatakan hasrat untuk mohon peruntukan bagi bina baru atau naik taraf pos-pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negara.

Di atas keprihatinan YAB Perdana Menteri terhadap kebajikan anggota, permohonan ini segera diluluskan.

Sekitar bulan jun, KDN telah mendapat surat kelulusan peruntukan daripada Kementerian Kewangan dan kerja-kerja naik taraf atau bina baru pos-pos PGA segera dimulakan.

Alhamdulillah, hari ini 11 November 2023 selepas genap 6 bulan saya kembali ke Pos Nibong, Tumpat untuk Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Pos Nibong yang sudah berjaya disiapkan.

Ye 6 bulan, hanya dalam tempoh 6 bulan kita berjaya selesaikan projek ini.

ASP Bustaman yang kini bertugas di Batalion 9, Kubang Badak, Kuala Terengganu turut hadir bersama.

Alhamdulillah, kebajikan anggota begitu dititik beratkan oleh Kerajaan Madani dibawah pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan insya-Allah kita akan selesaikan satu-persatu demi kebaikan kesejahteraan anggota PGA.

#MalaysiaMADANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *