(Petikan FB Saifuddin Nasution Ismail)
Semalam :- Di Mahkamah terbuka di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur saya menerima satu permohonan maaf dari Zuraida yang telah menarik balik kata-kata fitnah dalam ucapan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2019.
Peristiwa di Hotel Renaissance berlaku pada hari terakhir Kongres Nasional KEADILAN 2019 yang diadakan di Melaka telah membuka topeng yang diselindungkan mereka selama ini. Disinilah rencana jahat pengkhianatan semakin terserlah dan tidak lama selepas itu “Langkah Sheraton” terjadi.
Zuraida fitnah saya tinggalkan parti, dapat duit berjuta dari sewaktu berkhidmat di Tabung Tok Kenali dan segala macam lagi. Begitulah fitnah jahat yang diungkap dan dijaja.
Saya ambil keputusan untuk lawan. Soal kesetiaan saya dalam perjuangan KEADILAN jangan dipertikai, saya hanya beli tiket sehala sahaja sewaktu buat keputusan untuk bersama-sama perjuangan ini. Saya tinggalkan kedudukan saya sebagai setiausaha politik kepada Menteri, setiausaha pemuda parti pada ketika itu semata-mata kerana yakin akan perjuangan ini.
Pada saya tohmahan ini cukup jahat. Selepas berbincang dengan rakan-rakan, Saya ambil keputusan untuk mengemukakan saman terhadap Zuraida.
Ketika prosiding kes ini berjalan, pada 23 Jun lalu turut ada 1 kes lagi Zuraida telah kalah iaitu dalam kes saman kerana keluar dari KEADILAN dan diperintah bayar RM 10 juta kepada KEADILAN.
Alhamdulillah, hari ini Zuraida telah kemuka permohonan maaf kepada saya dan menarik balik kata-kata fitnah yang diucapkan. Pengajarannya, usah khianat perjuangan, tiada yang hidup tenang dengan mengkhianati perjuangan. Kebenaran pasti menang jua akhirnya. Moga ini jadi pengajaran kepada sesiapa yang terdetik untuk khianat.
Yang ikut sama khianat waktu itu, ramai juga nak u-turn. Jawapan saya begini sahaja, tidak mudah. Perjuangan ini mahal nilainya.
Reformasi !