Oleh Noraini Nordin
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan semasa sejak meletusnya konflik perang di Palestin, usaha dan kegigihan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mencari jalan damai memang tidak perlu dipertikaikan lagi.
Melalui kenyataan media, sidang antarabangsa, pertemuan dengan pemimpin negara asing, ucapan dan sebagainya, selain secara terbuka memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin, Anwar juga terus gigih menggesa agar peperangan segera dihentikan.
Namun demikian, masih kedapatan mereka yang jahil terus menyebarkan fitnah kononnya Anwar dan Malaysia yang dipimpinnya tidak bersungguh dan tidak konsisten dalam mengusahakan keamanan di Gaza.
Manakala yang bijaksana akan akur kepada kebenaran.
Berikut adalah usaha-usaha yang telah diambil oleh Malaysia dalam konflik Palestin yang sudah berlarutan lebih sebulan lamanya;-
- Kerajaan Malaysia menggesa genjatan senjata di Sidang Kemuncak ASEAN-GCC.
- Perdana Menteri meminta negara-negara Islam bersatu di Liga Muslim Sedunia.
- Perdana Menteri berbincang dengan Mesir untuk utamakan bantuan kemanusiaan dari Malaysia.
- Malaysia mohon diadakan sidang tergempar PBB berkaitan isu Palestin yang turut meluluskan Resolusi Genjatan Senjata.
- Perdana Menteri tidak peduli keputusan Majlis Keselamatan PBB, terus kuatkan kerjasama dengan Liga Arab dan OIC.
- Perdana Menteri mahu pertemuan dengan Turkiye dan Arab Saudi turut disertai negara-negara bukan Islam seperti Russia, China dan Brazil.
- Perdana Menteri memainkan peranan mempengaruhi negara luar seperti Jepun dan Belanda untuk bersimpati terhadap nasib Palestin.
- Perdana Menteri tolak desakan Amerika Syarikat untuk menamakan Hamas sebagai pengganas.
- Kementerian Luar Negeri menyalurkan derma RM1 juta melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin.
- Perdana Menteri umumkan tambahan derma RM10 juta ketika pembentangan Belanjawan 2024 dan kemudian berjaya mengumpul RM81 juta sumbangan GLC dan syarikat swasta.
- Kerajaan menjalin kerjasama dengan 45 NGO dalam Ops Ihsan untuk menghantar bantuan ke Gaza.
- Malaysia nyatakan kesediaan bekerjasama dengan negara-negara untuk mengheret Israel ke ICC dab ICJ.
Apakah dengan deretan usaha ini boleh lagi dikata Malaysia tidak konsisten dan tiada komitmen yang jelas terhadap Palestin?
Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat