PMX mengerjakan umrah, berdoa untuk kesejahteraan Palestin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengerjakan umrah selepas Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke 8 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.

Turut menyertai PMX ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan pegawai kanan kerajaan.

“Alhamdulillah, saya bersama Azizah dan delegasi Malaysia diizinkan Allah melaksanakan ibadah umrah usai Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebelum berangkat ke Amerika Syarikat.

” Saya titipkan doa memohon Allah mengangkat penindasan dan kemusnahan dari bumi Palestin. Semoga saudara kita di Gaza dan Tebing Barat dilimpahkan kesejahteraan, keamanan dan dikurnia kekuatan dalam menempuh tantangan dan kezaliman.

(Petikan FB Anwar/ Ibrahim – Berita/Foto)

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *