(Petikan FB Fadhlina Sidek – Berita/ Foto)
Penganjuran acara Himpunan Solidariti Keamanan Sejagat KPM di Sekolah Sultan Alam Shah yang merupakan kemuncak acara Minggu Solidariti Palestin amat besar maknanya kepada saya dan seluruh warga kementerian.
Nyala rasa kami di KPM ini jelas, iaitu untuk menyahut seruan kerajaan bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin dan dalam waktu yang sama mendidik murid serta seluruh warga kementerian erti kemanusiaan, keamanan dan kedamaian sejagat.
Semua ini boleh kita lakukan bersama dengan perasaan kasih sayang dan harmoni. Kita mungkin punya citra berbeza, namun jangan jadikannya sebagai penghalang. Ayuh raikan kepelbagaian dalam bingkai kesatuan.
Demi Palestina, jangan letih berdoa. Magisnya pasti ada. Moga diangkat semua penderitaan saudara kita di sana.
– Fadhlina Sidek –
#SolidaritiPalestinKPM