Pertemuan empat mata PMX dan PM Lee bincang kaedah terbaik selesaikan isu-isu berbangkit dua negara secara berkesan

(Petikan FB Anwar Ibrahim: Berita/Foto)

Saya kemudian mengadakan pertemuan empat mata dengan PM Lee sekitar lebih satu jam untuk berbincang beberapa perkara terkait kepentingan kedua-dua negara.

Saya nyatakan pendirian dan iltizam untuk bersama-sama mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu berbangkit secara berkesan dan sepantas mungkin.

Pertemuan ini turut memberi ruang untuk saya berkongsi idea mengenai kaedah untuk memperkasa inisiatif sedia ada yang membabitkan kerjasama Malaysia-Singapura, selain meneroka peluang kerjasama baharu.

Usai pertemuan, saya dan PM Lee mengetuai mesyuarat bersama delegasi daripada kedua-dua negara. Delegasi Malaysia diwakili lapan menteri, Peguam Negara dan pegawai kanan daripada kementerian dan agensi berkaitan.

Mesyuarat ini antara lain bersetuju untuk memantau rapat dan memesatkan kemajuan beberapa inisiatif seperti RTS Link, Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura dan tenaga boleh baharu.

Delegasi turut sepakat untuk merungkai isu-isu yang sudah tertunggak sejak sekian lama antaranya soal kawalan ruang udara, isu air dan sempadan maritim kedua-dua negara menerusi pendekatan baharu.

– Anwar Ibrahim –

#MalaysiaMADANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *