(Petikan FB Fahmi Fadzil – Berita/Foto)
Kawasan sekolah dan perindustrian wajib mempunyai akses internet yang baik dan berkualiti.
Maka petang tadi, saya telah merasmikan Projek Point of Presence (PoP) Fasa 1 Zon Industri di Kg. Lapasan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah.
Bagi negeri Sabah, sehingga hari ini, 60 PoP telah disiapkan yang mana akan memanfaatkan lebih 6,000 premis sekolah dan industri.
Dalam program tadi, saya turut mengalu-alukan usaha syarikat VC Telecoms memperkenalkan Pakej Broadband RAHMAH berkelajuan 30Mbps dengan harga hanya RM45 sebulan.
Insya-Allah usaha berterusan untuk memastikan perkhidmatan internet yang berkualiti dengan harga berpatutan akan diteruskan.
– Fahmi Fadzil –