(Petikan FB Fahmi Fadzil – Berita/Foto)
Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil hari ini hadir ke Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Sabah di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu sebagai usaha mendidik serta berkongsi maklumat bagi memupuk kesedaran berkaitan ancaman scam dan penipuan dalam talian.
YB Fahmi Fadzil dalam ucapannya berkata sewaktu pembentangan Belanjawan 2024, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta berbanding RM10 juta pada tahun ini kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bagi meningkatkan fungsi dalam membanteras jenayah scam.
Ini membuktikan Kerajaan mengambil berat berhubung isu penipuan dalam talian dan menyeru rakyat Malaysia melengkapkan diri dengan ilmu serta maklumat keselamatan siber, terutama berkaitan scam dan penipuan dalam talian.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri III/ Menteri Kerja Raya Sabah, YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong; Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa serta Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli Mohd Zin (Bersara).
– Fahmi Fadzil –
#KKD #CSM #JelajahAntiScam
#MalaysiaMADANi