(Petikan FB Fahmi Fadzil – Berita/Foto)
Sepanjang 3 hari MCMC buka pusat aduan internet di Bangunan Parlimen, seramai 111 Ahli Parlimen telah melawat dan memeriksa kelajuan internet di kawasan masing-masing.
Daripada 111 orang Ahli Parlimen tersebut, 16 MP telah melaporkan isu internet di kawasan mereka.
Saya merakamkan penghargaan buat kesemua Ahli Parlimen yang memberi kerjasama penuh dengan KKD dalam memastikan perkhidmatan internet yang lebih berkualiti.
So what’s next? Kesemua aduan yang direkodkan akan dihubungi oleh pembekal perkhidmatan dan dipantau oleh pihak pejabat negeri MCMC.
Insya-Allah kerjasama dengan kesemua Ahli Parlimen akan diteruskan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan internet di Malaysia.
– Fahmi Fadzil –