(Petikan BERNAMA – Berita/Foto)
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dikembalikan semula, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata walaupun ada ibu bapa yang meminta UPSR diadakan semula atas alasan untuk menguji pencapai anak-anak di sekolah namun Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan mengembalikan peperiksaan tersebut.
Sebaliknya menurut Fadhlina tumpuan KPM ketika ini ialah Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 dalam membangunkan kurikulum baharu, bagi memastikan pendidikan masa depan yang lebih baik.
Menurut beliau lagi ibu bapa boleh membantu kementerian dengan cara menyertai jelajah kurikulum baharu ini dan memberi pendapat dan idea masing-masing bagi penambahbaikan pelaksanaan nya.
“Sekarang ini kita minta ibu bapa beri tumpuan kepada jelajah dan jerayawara . Ini kerana kita mahu libat urus yang meluas untuk input memperkukuhkan sistem pendidikan negara.’ katanya .
Sebelum itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal telah merasmikan Pelancaran Taman Angkat Amanita Taman Pekaka, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Petikan sumber – BERNAMA