Belanjawan 2024 -‘Buah Tangan ‘ PMX untuk bantu keselesaan rakyat

Oleh Noraini Nordin

Bukan ‘gula-gula’ politik tetapi dengan jelasnya Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Jumaat lalu adalah ‘ buah tangan’ untuk membantu selesakan kehidupan rakyat negara ini.

Sudah pasti PMX dan pasukan telah berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan belanjawan tersebut ‘buah tangan’ yang bermakna untuk warga Malaysia.

Berikut adalah ringkasan ‘buah tangan’ untuk rakyat dalam Belanjawan 2024 berjumlah RM393.8 bilion yang dibentangkan Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara umumnya, Belanjawan 2024 menyasarkan pertumbuhan KDNK pada kadar 4-5% untuk tahun 2024, manakala defisit dianggarkan pada kadar 4.3%.

Kebajikan Rakyat :-

  • RM2,000 bayaran insentif untuk penjawat awam daripada Gred 56 dan ke bawah.
  • RM1,000 kepada pesara kerajaan dan veteran tanpa persaraan.
  • RM55 juta subsidi elektrik untuk golongan miskin tegar sebanyak RM40 sebulan
  • RM100 juta kepada badan NGO yang membantu rakyat
  • RM2.47 bilion untuk projek perumahan rakyat
  • RM500 kepada golongan muda yang membuat program dan kerja sukarelawan diiktiraf kerajaan.
  • Pertambahan RM10 juta untuk membantu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan di luar negara.
  • Harga Siling untuk ayam dan telur akan diapungkan bagi memastikan keterjaminan bekalan.
  • RM11.8 bilion untuk projek tebatan banjir
  • Akaun Fleksibel KWSP akan Diperkenalkan .
  • RM2.4 bilion untuk Pusat Kebajikan.
  • RM50 juta untuk suri rumah dibawah program e-Kasih
  • RM400 juta untuk projek keterjaminan makanan
  • RM200 juta untuk program Payung Rahmah .
  • RM10 billion Sumbangan Tunai Rahmah yang akan memanfaatkan 60% rakyat Malaysia .
  • RM100 sebulan untuk setahun kepada 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah
  • RM1.2 billion untuk membantu golongan OKU .
  • RM333 juta kepada orang Asli .

Cukai :-

  • 5-10% Cukai Mewah Akan Diperkenalkan .
  • Cukai perkhidmatan akan naik dari 6% kepada 8%, namun perkhidmatan makanan, telekomunikasi, parkir dan logistik kekal pada kadar 6% seperti sedia ada.
  • Cukai Keuntungan Modal (Capital Gains Tax) sebanyak 10% kepada syarikat akan dilaksanakan mulai 1 Mac 2024
  • E-invoicing akan diwajibkan kepada pembayar cukai melebihi RM 100 Juta mulai Ogos 2024 .

Penambahbaikkan :-

  • RM2.8 billion untuk membaiki jalan dan jambatan Persekutuan.
  • RM5.8 billion untuk Sarawak & RM6.6 billion untuk Sabah.
  • RM38 juta untuk menaiktaraf mahkamah dan melatih lebih ramai hakim.
  • RM2.4 billion untuk membaiki kemudahan dan bangunan kerajaan dan kuarters penjawat awam.
  • RM150 juta untuk membaiki tandas awam.
  • RM100 juta untuk penyelegaraan lampu jalan
  • RM10 juta untuk menaik taraf 10,000 kedai dan tapak penjaja di seluruh negara .
  • RM1.1 billion untuk mengatasi masalah air di Kelantan, Sabah, Labuan.
  • RM70 juta untuk meningkatkan industri kelapa sawit .
  • RM4.7 billion untuk projek LRT3
  • RM2.4 billion untuk Felda dan Risda.

Seni , Kebudayaan & Pelancongan :-

  • Tahun 2026 akan dijadikan Tahun Melawat Malaysia
  • RM350 Juta untuk mempromosi aktiviti pelancongan di Malaysia .
  • RM80 juta untuk mengekalkan Warisan bangunan yang berpotensi diiktiraf oleh UNESC0.
  • Pengurangan Cukai Hiburan 10% untuk persembahan artis antarabangsa di Wilayah Persekutuan.
  • RM160 Juta untuk industri kreatif di Malaysia .
  • Artis tempatan akan dikecualikan daripada bayaran duti hiburan bagi persembahan pentas.
  • RM60 juta untuk mempromosi karya tempatan .
  • RM90 juta untuk industri perfileman negara million
  • RM10 juta untuk MyCreative.

Perniagaan :-

  • Pelan Induk Perindustrian Baru atau NIMP 2030 mahu mencapai sasaran RM95 bilion dengan purata gaji rakyat sebanyak RM 4,510 menjelang 2030.
  • GLC & GLIC akan menyediakan dana RM1.5 billion untuk memulakan perniagaan, termasuk SME menceburi bidang high-growth, high-value (HGHV) seperti digital economy dan aerospace.
  • Pemprosesan sijil halal akan dipendekkan dari 51 Hari kepada 30 hari .
  • RM44 billion untuk menyokong Industri Kecil dan Sederhana (SME).
  • RM10 juta untuk membantu perkembangan industri francais mengembangkan eksport
  • TNB, Gentari and Tesla Malaysia komitted untuk memberi RM170 juta untuk membina station pengecasan EV atau kenderaan eletrik.

Pendidikan:-

  • RM58.7 billion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan
  • RM1.9 billion untuk tujuan naik taraf dan menyelenggara sekolah.
  • Had siling yuran kemasukan Universiti Awam ditetapkan pada kadar tidak melebihi RM1,500
  • RM100 juta kepada pelajar yang tidak dapat sambung belajar disebabkan pandemik .
  • RM250 juta untuk meningkatkan jalur dan kapasiti WiFi di semua universiti awam
  • 10% to 15% diskaun kepada pembayar hutang PTPTN .

Kesihatan:-

  • RM41.2 billion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan.
  • Cukai gula dinaikkan daripada 40 sen/liter kepada 50 sen/liter.

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *