



Subsidi diwujudkan untuk membantu rakyat. Namun, kelemahan kawalan dan pengurusan boleh membuka ruang kepada ketirisan, penyelewengan serta salah guna kuasa.
Peranan SPRM bukan sekadar menyiasat kesalahan rasuah, malah turut merangkumi penelitian terhadap sistem dan amalan kerja yang berpotensi membuka ruang kepada rasuah.
Melalui pendekatan pencegahan dan pengukuhan tatakelola, kelemahan sistem dapat dikenal pasti dan penambahbaikan boleh disyorkan bagi mengurangkan risiko ketirisan dana awam.
Perkara ini turut diketengahkan dalam kajian oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertajuk Kajian Keberkesanan Institusi dan Mekanisme Pemberian Subsidi Barang-Barang Kawalan kepada Rakyat bagi Memperkukuh Tatakelola dan Integriti yang dibentangkan sempena Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Tahun 2026 pada 25 September 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Kajian tersebut menekankan kepentingan penambahbaikan mekanisme pengurusan subsidi, pengukuhan kawalan dalaman dan pendigitalan sistem bagi mengurangkan risiko ketirisan.
Kerana melindungi kepentingan rakyat bermula dengan sistem yang berintegriti.
Orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dapatan kajian serta pembentangan sempena Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Tahun 2026 boleh mengakses bahan pembentangan melalui pautan berikut:
