
KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Serantau IMT-GT 2026 menjadi platform strategik untuk memperkukuh kerjasama ekonomi, merangsang pelaburan dan membuka peluang perdagangan baharu antara Indonesia, Malaysia dan Thailand.
Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam berkata, kerjasama antara ketiga-tiga negara perlu diperkukuh menerusi pembinaan kepercayaan, hubungan strategik dan penglibatan aktif komuniti perniagaan.
Pengarah Majlis Perniagaan Bersama IMT-GT Malaysia, Datuk Dr Mahadi Mohamad pula menggesa penerima anugerah memanfaatkan pengiktirafan itu untuk membina perkongsian perniagaan serta meneroka pasaran baharu.
Edisi kedua anugerah itu meraikan 25 penerima dari ketiga-tiga negara atas pencapaian dalam bidang kepimpinan, inovasi, kelestarian, pelaburan, teknologi dan kesalinghubungan serantau.
Kerjasama IMT-GT yang bermula pada 1993 terus menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan ekonomi dan pembangunan bersama di rantau ini.
