Opereta Diraja Jadi Medium Didik Generasi Muda Kenali Sejarah Bangsa

SHAH ALAM, 16 Oktober – Persembahan Opereta Diraja bertemakan Raja dan Rakyat Berpisah Tiada menjadi pendekatan kreatif untuk mendekatkan generasi muda dengan sejarah bangsa, nilai perjuangan dan jati diri.

Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan berkata, seni persembahan mampu menyampaikan sejarah dengan lebih menarik dan mudah difahami, khususnya dalam menghadapi perkembangan teknologi yang boleh menghakis nilai jati diri.

Antara peristiwa yang dipersembahkan ialah perjanjian Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun serta pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak.

Program anjuran Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM bersama rakan kerjasama itu melibatkan 70 peserta, termasuk aktivis seni pentas dan pelajar UiTM serta Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

Persembahan itu turut disaksikan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *