JPNS JAMIN KESELAMATAN WARGA SEKOLAH

SEREMBAN, 16 Oktober – Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memberi jaminan keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah terus menjadi keutamaan susulan penemuan bungkusan mencurigakan di beberapa sekolah di negeri itu.

JPNS memaklumkan pihak sekolah terlibat telah mengambil langkah keselamatan sewajarnya, manakala polis menjalankan pemeriksaan dan siasatan mengikut prosedur ditetapkan.

JPNS turut memberi kerjasama kepada pihak berkuasa serta menasihatkan warga sekolah dan ibu bapa supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan. Orang ramai diminta merujuk saluran rasmi untuk mendapatkan maklumat tepat.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *