
Malaysia memperkukuh keupayaan reka bentuk cip semikonduktor menerusi akses kepada harta intelek (IP) Arm Ltd dan pengalaman lima dekad dalam industri pembuatan semikonduktor.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kerjasama antarabangsa dan kepakaran tempatan membolehkan Malaysia Semiconductor IC Design Park menghasilkan enam inovasi cip dalam tempoh dua tahun, dengan potensi jualan keseluruhan dianggarkan RM300 juta.
Beliau berkata, hab semikonduktor Persekutuan dan negeri perlu saling melengkapi bagi membentuk ekosistem industri nasional yang bersepadu.
Malaysia turut menyasarkan peningkatan tenaga kerja mahir kepada 35 peratus di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), berbanding kira-kira 31 peratus pada 2025, bagi memenuhi permintaan industri berpertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV).
