


Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
10 FEB 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-148 kali ini menumpukan kepada usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Beliau yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan berkata dengan penyelarasan dasar serta pelaksanaan inisiatif pembangunan secara bersama, akan menjadikan ia lebih tersusun dan berkesan.
“Penekanan turut diberikan kepada aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat, agar setiap keputusan dan perancangan yang digariskan dapat diterjemahkan kepada manfaat yang nyata dan dirasai secara langsung oleh rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM
