PINDAAN KEWARGANEGARAAN: PROSES LEBIH CEKAP & TELUS

11 Feb 2026

Kerajaan MADANI terus memperkukuh sistem kewarganegaraan negara melalui pindaan Perlembagaan yang menekankan proses lebih cekap, telus dan berintegriti, tanpa menggadaikan kedaulatan undang-undang serta keselamatan negara.

Bagi tempoh 2024 hingga 2025, sebanyak 3,513 permohonan kewarganegaraan melibatkan anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia telah diluluskan, selepas melalui penelitian rapi dan pematuhan sepenuhnya kepada peruntukan undang-undang sedia ada.

Seiring dengan pelaksanaan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2025, Kerajaan sedang memuktamadkan langkah transformasi digital termasuk pengenalan pra-pendaftaran secara dalam talian, yang disasarkan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026. Pendekatan ini akan memastikan proses penentuan taraf kewarganegaraan menjadi lebih tepat, cepat dan sistematik, di samping meminimumkan risiko kesilapan manusia serta kerenah birokrasi.

Bagi ibu warganegara Malaysia yang melahirkan anak di luar negara, kebajikan rakyat terus diutamakan, dengan kewarganegaraan anak boleh diberikan apabila semua syarat dan garis panduan yang ditetapkan dipenuhi.

Kerajaan MADANI komited membina tadbir urus kewarganegaraan yang inklusif, cekap dan berteraskan rakyat, demi kesejahteraan negara dan masa depan generasi akan datang.

Sumber:
YB Menteri Dalam Negeri, Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja
Mesyuarat Pertama Penggal Kelima
Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat

  • 9 Februari 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *