Penulis dan sasterawan perlu tampil sebagai suara penimbang tara – Fadillah

Wartawan JM
Foto FB Fadillah Yusuf
10 FEB. 2026

Penulis dan sasterawan juga perlu tampil sebagai suara penimbang tara dalan menyampaikan kritikan secara berhemah serta menawarkan pemikiran alternatif yang membina, demi mengelakkan polarisasi pemikiran dan emosi yang melampau.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan sentiasa menyokong usaha memperkasa ekosistem penulisan kreatif, termasuk melahirkan bakat
baharu, memperluas ruang penerbitan serta memperkukuh
apresiasi masyarakat terhadap karya sastera tempatan.

“Karya sastera yang bermutu mampu menyemai nilai perpaduan, toleransi dan saling menghormati dalam masyarakat majmuk yang menjadi kekuatan negara kita,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Penulisan Kreatif anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Fadillah berkata seiring dengan agenda Malaysia MADANI, pembangunan negara hari ini menuntut keseimbangan antara
kemajuan material dan pengukuhan nilai kemanusiaan, ihsan serta keadilan sosial.

BAHASA DAN SASTERA

Dalam kerangka ini kata beliau maka bahasa dan sastera berperanan sebagai pemangkin pembentukan masyarakat yang berfikir, beradab dan mampu membuat pertimbangan yang matang.

Beliau menjelaskan karya sastera yang bermutu mampu menyemai nilai
perpaduan, toleransi dan saling menghormati dalam masyarakat majmuk yang menjadi kekuatan negara kita.

“Kemajuan negara tidak boleh
diukur semata-mata melalui pencapaian material, tetapi mesti
disandarkan kepada kekuatan nilai, pemikiran dan jiwa rakyatnya,” kata beliau.

MENJADI AMAT SIGNIFIKAN

Berikutan itu kata Fadillah di
sinilah peranan sastera menjadi amat signifikan bagi membentuk manusia yang berfikir, berakhlak dan berjati
diri.

Jelas beliau sayembara penulisan kreatif juga berfungsi sebagai titipan
sejarah bagi merakam peristiwa, idea dan keresahan zaman untuk menjadi pedoman kepada generasi akan datang. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *