635 AUTOGATE BAHARU MENJELANG 2028

5 Jan 2026

MyNIISe Pilihan No. Satu
Pantas • Selamat • Dipercayai

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus melaksanakan kemas kini strategik sistem imigresen negara melalui pemasangan 635 autogate baharu secara berperingkat di 125 pintu masuk utama negara menjelang tahun 2028.

Pelaksanaan ini disokong sepenuhnya oleh Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) yang mengintegrasikan teknologi kod QR, biometrik, analitik pintar dan kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan urusan keluar masuk negara menjadi lebih pantas, lancar dan selamat.

Inisiatif ini bukan sahaja mengurangkan kesesakan di lapangan terbang dan kompleks CIQ, malah memperkukuh keselamatan sempadan negara tanpa kompromi, selari dengan usaha berterusan Kerajaan MADANI memodenkan penyampaian perkhidmatan awam.

“Pemodenan sistem imigresen melalui penggunaan teknologi pintar adalah keperluan strategik bagi memastikan keselamatan sempadan negara sentiasa terjamin, di samping memudahkan pergerakan rakyat dan pelancong secara lebih cekap dan berintegriti.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *