PENGIKTIRAFAN BANGSA DI MALAYSIA

5 Jan 2026

Sistem Pendaftaran JPN Bersifat Dinamik dan Berasaskan Bukti

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus memastikan sistem pendaftaran identiti negara dilaksanakan secara adil, telus dan berintegriti.

Setakat ini, kira-kira 50 permohonan pindaan status bangsa kepada Baba Nyonya telah diterima, dengan 11 permohonan diluluskan selepas melalui proses penilaian yang rapi dan berasaskan bukti kukuh.

Pengiktirafan turut melibatkan masyarakat Siam tempatan yang lahir dan menetap di Malaysia, tertakluk kepada dokumen sokongan dan salasilah keluarga yang sah.

Seperti ditegaskan oleh Datuk Badrul Hisham Alias, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara:
“Tiada yang statik. Asalkan ada bukti salasilah keluarga dan dokumen sokongan yang sah, JPN akan mempertimbangkan setiap permohonan secara adil dan teliti.”

Usaha ini mencerminkan komitmen KDN dalam memastikan sistem pendaftaran negara kekal inklusif, berfakta dan berteraskan undang-undang, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *