Mesyuarat JKKTN setuju tubuhkan JTKS – PMX

4 JUN 2025

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) bersetuju untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Tindakan Ketakteraturan Serius (JTKS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia adalah selari dengan pengukuhan peranan Jabatan Audit Negara melalui pindaan kepada Akta Audit 1957.

Beliau berkata, penubuhan JTKS ini bertujuan memastikan tindakan susulan yang lebih holistik, bersasar dan berimpak tinggi dapat dilaksanakan, selaras dengan prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan dan integriti.

“Sewaktu saya mempengerusikan dalam Mesyuarat JKKTN ini, perhatian serius telah diberikan terhadap penemuan audit berkaitan ketakteraturan kewangan yang berpotensi menjejaskan kredibiliti pengurusan fiskal negara,” katanya dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *