PMX, isteri ziarah Sultan Brunei sebelum berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan

4 JUN 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menziarah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sebelum Baginda berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan.

“Baginda berada dalam keadaan baik dan proses pemulihan berjalan lancar selepas keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) tempoh hari,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Perdana Menteri mendoakan Baginda dikurniakan keafiatan dan kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam.

MENGHADIRI SIDANG KEMUNCAK

Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Malaysia pada 25 Mei lalu untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mei lepas.

Baginda berehat di IJN sejak 27 Mei kerana keletihan dan kemudian berehat di hotel setelah dibenarkan keluar dari IJN.- JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *