PMX bertemu Perdana Menteri dan Presiden Singapura

1 JUN 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat, Lawrence Wong, serta mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Tharman Shanmugaratnam sebelum mengakhiri lawatan singkat ke Singapura.

“Kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala yang memerlukan kerjasama lebih erat pada masa hadapan termasuk soal sempadan, maritim, air, tenaga boleh diperbaharui serta inisiatif strategik seperti Grid Tenaga ASEAN,” katanya pada hantaran di FB.

Anwar berkata, perbincangan ini turut meneliti kemajuan projek penting seperti Laluan Sistem Transit Laju Johor Bahru–Singapura (RTS Link) yang dijangka siap menjelang akhir 2026, serta pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang akan memacu pertumbuhan ekonomi serantau.

Beliau berharap lawatan ini membawa manfaat besar dan menggandakan hasil kerjasama antara Malaysia dan Singapura dalam pelbagai sektor strategik.

“Semoga hubungan persahabatan kedua-dua negara terus diperkukuh demi kemakmuran bersama,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *