MCMC sertai program MPI perkukuh literasi media, komunikasi beretika

1 JUN 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan komitmen dalam memperkukuh literasi media dan komunikasi beretika melalui penyertaan dalam program anjuran bersama Institut Akhbar Malaysia (MPI).

“Antara pengisian utama termasuk sesi mengenai cabaran media dalam era digital serta diskusi panel yang membincangkan peranan media sosial dalam membentuk naratif dan tanggungjawab penyampaian maklumat,” kata hantaran MCMC di FB.

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ahli Suruhanjaya MCMC, Prof. Dr. Mohamad Salmi Mohd Sohod, yang menegaskan pentingnya kerjasama semua pihak dalam memelihara integriti media. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *