Hampir 300 peserta seluruh negara sertai Harumanis Fun Run anjuran FAMA

Oleh: Sholina Osman
27 APRIL 2025

Hampir 300 peserta dari seluruh negara menyertai Harumanis Fun Run 2025 anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri
Perlis.

Kenyataan media FAMA Perlis memaklumkan penganjuran ini sebagai langkah proaktif dalam menghadapi musim pengeluaran Harumanis, mangga yang menjadi ikon dan tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 ini.

“Penganjuran Harumanis Fun Run 2025 ini mendapat kkerjasama Koperasi YA Harumanis di Pusat Agropelancongan YA Harumanis Kampung Baru Panggas, Chuping,” kata kenyataan itu lagi.

Pelaksanaan Harumanis Fun Run 2025 merupakan salah satu platform mempromosikan Harumanis Perlis yang telah telah bermula musim pengeluarannya awal April lalu.

PENGANJURAN PERLIS MANGO

Selain itu, program ini juga adalah untuk menyokong penganjuran Perlis Mango & Agricultural Industry (PERMAI) 2025 yang dijadualkan pada 2 hingga 4 Mei 2025 ini.

Selain Fun Run, antara pengisian yang telah diaturkan dalam program ini ialah Jualan Istimewa Mangga Harumanis Perlis, Jualan Produk Industri Makanan & Asas Tani (IMAT)
berasaskan Harumanis dan Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan.

Pelepasan peserta larian sejauh lima kilometer ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Sekuriti Makanan & Operasi), Shahrizan Sudiman.

Hadir sama Pengarah FAMA
Perlis, Mohd Anzara Azizan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *