Saifuddin pengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis

27 APRIL 2025

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution telah mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

“Ini adalah mesyuarat berkala dan kali ini kami bermesyuarat di Kedah, memandangkan saya berada di sini untuk menghadiri beberapa program sejak semalam,” katanya dalam hantaran di FB.

Seperti mesyuarat yang terdahulu, katanya perbincangan terperinci berjalan agar segala pertimbangan yang wajar dibuat setelah meneliti cadangan dan syor yang diberikan oleh ahli suruhanjaya .

“InsyaAllah, segala pertimbangan yang dibuat berpaksikan kepada prinsip ketelusan, keadilan dan integriti,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *