

Oleh Noraini Nordin
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Dr Zaliha Mustafa mengingatkan anggota Wanita KEADILAN bahawa mereka adalah juga penyumbang kepada kejayaan parti menjadi kerajaan ketika ini.
Katanya, Wanita KEADILAN adalah tunjang dan tulang belakang kepada perjuangan parti keramat ini.
βSeperti kata pepatah βNo Women, No lifeβ, begitulah dengan perjuangan ini, TIADA WANITA TIADALAH KEADILAN,β katanya ketika berucap di Kongres Wanita KEADILAN di PICC, Putrajaya.
Menurutnya yang juga Menteri Kesihatan, meskipun beliau adalah antara pemimpin wanita yang diberi tanggungjawab bersama beberapa yang lain sebagai menteri, tetapi kedudukan itu tidak mungkin diperolehi tanpa parti KEADILAN.


βSiapalah saya kalau pada hari ini saya bukan Wanita KEADILAN, siapalah Fadhlina Sidek?, siapalah Fuziah Salleh?, siapalah Rodziah Ismail? dan yang lain-lain kalau mereka bukan anggota KKEADILAN dan bukan Wanita KEADILAN.
βBermaksud, siapa pun kita ketika ini dan jika suatu hari kita berada di mana-mana kedudukan atau posisi tinggi, jangan pernah lupa bahawa asal usul kita adalah di sini,β tambahnya lagi.
Dalam hubungan ini, beliau tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada ramai Wanita KEADILAN untuk diangkat memegang jawatan di peringkat persekutuan, negeri, Senator dan sebagainya.
Katanya, walaupun sasaran dan apa yang Wanita KEADILAN perjuangkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 30% angka lantai belum lagi kesampaian, tetap kepercayaan yang diberikan ini menggambarkan komitmen Presiden dan parti dalam mengangkat martabat dan fungsi wanita tahap yang lebih tinggi lagi.
βKecemerlangan kita dalam menggalas tanggungjawab besar ini adalah cerminan kepada kejayaan kerajaan perpaduan dan kerajaan Madaniβ tegasnya.



Pun begitu, Dr Zaliha tidak lupa mengingatkan tentang cabaran yang ada di hadapan.
βEmpat tahun dari sekarang bukanlah jangka yang terlalu panjang. Akhirnya kita perlu berdepan kembali dengan pengundi dalam pilihan raya.
βUntuk itu, jangan kita lupa fokus kepada kerja hakiki kita iaitu untuk kita menang pilihanraya.
βBukan gila atau rakus kuasa tetapi kita perlu kekal berkuasa untuk meneruskan agenda reformasi kita. Reformasi institusi negara.
βTidak ada satu kerajaan pun yang boleh melaksanakan apa-apa agenda yang dirancang hanya dalam satu penggal tetapi sekurang-kurangnya harus dua penggal.
βMaka kerja-kerja di lapangan perlu diteruskan, sebagai kerajaan maka kita seharusnya sekarang lebih mudah untuk mendekati rakyat.
βBuktikan kita adalah kerjaan yang mampu membawa perubahan, walk the talk dan berpegang pada janji dan manifesto kita,β katanya.
