
5 November 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh usaha membanteras jenayah penipuan dalam talian. Bagi tempoh 12 Oktober 2022 hingga September 2026, sebanyak RM14.27 juta berjaya dipulangkan kepada mangsa, RM100.93 juta dikenal pasti untuk sekatan dan RM34.86 juta disita.
“Usaha membanteras penipuan dalam talian bukan sahaja tertumpu kepada tindakan terhadap penjenayah, tetapi juga melindungi kepentingan rakyat dan memperkukuh usaha pemulihan wang mangsa.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Keberkesanan penguatkuasaan turut diperkukuh menerusi 968 serbuan dan 7,262 tangkapan berkaitan pusat panggilan penipuan bagi tempoh 2024 hingga September 2026. Sementara itu, kadar penyelesaian kertas siasatan jenayah dalam talian mencatatkan 42.33% bagi Januari hingga September 2026.
Pencapaian ini mencerminkan usaha bersepadu dalam memperkukuh siasatan, penguatkuasaan dan perlindungan kewangan rakyat.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)
