
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kurier atas komitmen dan pengorbanan mereka memastikan setiap kiriman selamat sampai kepada penerima.
Menerusi hantaran di Facebook sempena Hari Kurier Negara 2026, beliau mengiktiraf usaha warga kurier yang berdepan pelbagai cabaran termasuk cuaca panas, hujan dan kesesakan jalan raya ketika menjalankan tugas.
Beliau turut mendoakan agar segala urusan warga kurier dipermudahkan serta keselamatan mereka sentiasa terpelihara sepanjang bertugas.
