
Oleh Noraini Nordin
(Ulasan Berita)
30 Oktober 2026
Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seramai 13 Ahli Parlimen blok pembangkang akhirnya berjaya memertai Perjanjian Kepercayaan dan Pembekalan (CSA) antara kedua-dua pihak.
Mereka enam Ahli Parlimen Bersatu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh), Datok Dr. Radzi Jidin (Putrajaya), Datuk Ali Biju (Saratok), Datok Suhaimi Abdullah (Langkawi), Mohd Nazri Abu Hassan (Merbok) dan Datok Azman Nasrudin (Padang Serai).
Turut menandatangani perjanjian ialah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Muar daripada Parti Muda.
Selain itu, enam Ahli Parlimen Bersatu yang sebelum ini telah mengisyiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, juga menandatangani CSA yang sama.
Mereka ialah Datok Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Datok Syed Abu Hussin Hafiz, Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datok Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), and Datok Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
CSA yang ditandatangani itu antara lain menetapkan perlunya 13 Ahli Parlimen berkenaan menyokong pentadbiran Anwar sehingga akhir penggal Parlimen semasa, selain menyokong Belanjawan 2027 yang sedang dibahaskan di Parlimen.
MENYOKONG REFORMASI
Perkara lain yang terkandung dalam perjanjian itu ialah menyokong reformasi institusi berkaitan cadangan menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum dua penggal serta pengasingan kuasa antara peguam negara dan pendakwa raya.
Sebagai balasannya, semua Ahli Parlimen berkenaan diperuntukkan jumlah dana pembangunan kawasan yang sama seperti yang diterima wakil rakyat penyokong kerajaan.
Majlis menandatangani perjanjian itu yang berlangsung di Parlimen, dengan kerajaan diwakili Timbalan Perdana Menteri II Datok Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datok Seri Azalina Othman Said serta penasihat kanan politik kepada Perdana Menteri Datok Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Menandatangani CSA antara kerajaan dengan blok pembangkang bukanlah perkara pelik atau asing sebenarnya.
Pada tahun 2021, PH sendiri pernah menandatangai MOU Transformasi dan Kestabilan Politik dengan pentadbiran Datok Seri Ismail Sabri Yaakob.
Matlamat utama CSA ialah untuk memastikan kestabilan politik dan perancangan membela rakyat tidak digugat oleh agenda politik yang semata-mata berhasrat mahu menukar kerajaan.
POLITIK YANG STABIL
CSA adalah perjanjian menang-menang yang sah antara kerajaan dengan blok pembangkang di mana selain Ahli Parlimen pembangkang memperolehi peruntukan bagi menjaga kawasan masing-masing, rakyat juga akan lebih terjamin dalam memperolehi pelbagai manfaat melalui dasar-dasar yang diperkenalkan.
Melalui politik yang stabil, kerajaan tentunya lebih berupaya untuk berusaha dan memikirkan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat.
Dengan itu, CSA yang ditandatangani adalah langkah terpuji untuk semua pihak sama-sama mengenepikan seketika soal politik dan hanya mengutamakan kepentingan rakyat.
Mahu berpolitik tunggulah lima tahun sekali ketika pilihan raya diadakan.
