SEJARAH PERLU DIHAYATI, IDENTITI BANGSA MESTI DIPERTAHANKAN DALAM ERA AI – PMX

KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2026– Sejarah negara perlu terus dipelihara berlandaskan fakta dan penyelidikan sahih bagi memastikan jati diri nasional, semangat kebangsaan serta rasa cinta akan negara kekal utuh dalam mendepani perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejarah bukan sekadar untuk dihafal, sebaliknya perlu dihayati sebagai asas pembentukan jati diri, pengukuhan semangat kebangsaan dan penyemaian rasa cinta terhadap tanah air.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sejarawan Negara (MSN) Bil. 2/2026 pada 29 Oktober.

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

Menurut Anwar, majlis berkenaan memainkan peranan penting sebagai tonggak pemeliharaan warisan sejarah serta sumber rujukan utama negara.

Beliau turut menegaskan bahawa perkembangan teknologi, khususnya AI, menjadikan penghayatan sejarah semakin penting agar kemajuan digital tidak menghakis nilai, budaya dan identiti bangsa.

Sehubungan itu, sejarah negara perlu disampaikan melalui pendekatan yang lebih segar dan dekat dengan generasi muda, tanpa mengetepikan ketepatan fakta serta hasil penyelidikan yang sahih.

Pendekatan tersebut penting bagi memastikan generasi akan datang memahami sejarah negara, menghargai warisan bangsa dan membina masa depan yang berpaksikan jati diri nasional.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *