
CHANGLUN, 28 Oktober- Dua warga tempatan termasuk seorang wanita dan seorang lelaki warga China ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia.
Ketiga-tiga mereka ditahan dalam di Changlun dalam Ops Serkap ketika dalam perjalanan dari arah Lebuhraya Utara Selatan menuju ke sempadan Malaysia-Thailand dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah dalam kenyataan berkata hasil tindakan risikan dan pemantauan, pasukan operasi berjaya memintas serta menahan kenderaan berkenaan yang sedang menghala ke utara di sekitar Changlun, Kedah.
